Buku Keputusan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kali 1/2017

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun 7 Sebelah 1Murid 1Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia / Yayasan Bank Rakyat Kali Pertama telah diadakan di Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada 23 Ogos 2017.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Roslan Bin Yusoff@Mamat, Ketua Unit Sukan, Setor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. 

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini adalah Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Unit Dasar 1Murid 1Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Norashikin binti Shaharuddin, Pengurus Besar, Yayasan Bank Rakyat, Encik Azman bin Abd. Aziz, Ketua Wilayah 6 (Terengganu & Kelantan), Bank Rakyat serta wakil-wakil dari Primula Beach Hotel,  Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, dan Pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terangganu.


Ulasan